Mary Kay: Peluang Perniagaan Dan Kecantikan
8 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniMary kay adalah satu kelas usahawanan yang dianjurkan di pusat internet bersama ahli Amanah Kesedar Chalil. Seramai 14 orang wakil amanah dijemput untuk menyertai kelas anjuran kali ini. Progra ini bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli Amanah dalam menjana pendapatan keluarga pada masa yang sama menjaga kecantikan.
Untuk kelas kali ini, antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan produk mary kay dari perunding kecantikan terlatih, jenis jualan produk serta cara-cara penggunaan produk yang betul. Melalui kelas ini, Mary Kay akan membantu para ahli amanah yang dalam menjana pendapatan sehingga menjadi usahawan yang berjaya. Melalui kelas ini, turut diberi pendedahan bahawa Mary Kay banyak membantu wanita yang tidak ada keyakinan diri dan pasif sehingga memperkayakan hidup wanita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: